Wednesday, 26 February 2014

Kota Singa

Assalamualaikum w.b.t pembaca setia ,

Semoga semuanya sihat sejahtera dan diberkati Yang Maha Esa hendaknya . Berdasarkan tajuk entry , sememangnya saya nak ceritakan kisah percutian . Wah wah . Walaupun dah habis sekolah pada tahun 2013 , tapi masih ada 'school trip' pada tahun ni . Rancangannya rombongan tu ke johor-singapura-melaka bulan 12 tahun 2013 , Unfortunetly lah kan , musim banjir yang melanda bumi bertuah Malaysia ni telah mengimpakkan kerosakan jalan serta masalah yang lain . Jadi ditangguhkan dahulu urusan percutian ni pada tanggal 31 Januari 2014. Kebetulannya semua rakan baik saya terpilih untuk sertai rombongan itu ( ayat ini sesuai ditulis dalam karangan bahagian A ) . So , my geng ada 5 orang . Alhamdulillah dapat pergi semuanya

Jadi bermulalah perjalanan kami .
Seawal jam 7 pagi tu , saya dan rakyat jelata sudah berada di hadapan dewan sekolah kami . Menunggulah ketibaan bas terhormat .

Dan saya tak lupa untuk bergambar . Kau gila tak bergambar dalam bas ? Dah nama pun presiden busten (gelaran diperolehi oleh rakan baik bertudung merah) . Beg tak payah cerita . Macam sebulan tak nak balik rumah . Itu perkara normal bagi perempuan kan ? Jadi bukan isu besar lah .So , perjalanan kami ke Johor tak lah lama sangat . Lebih kurang dalam 5 jam kut . Sesampainya kat johor tu , singgahlah shopping mall untuk makan tghari . Dan bebas lah nak pusing mall tersebut . Jadi kami makan tghari di ... 


According to a Canadian mental health expert, taking lots of pictures of food can indicate health or mental problems . Selesai sudah urusan mengisi sumber tenaga ke dalam perut tercinta , maka di hantarnya kami ke homestay . We alls urus diri dan jam 6 petang macam tu , kami ke .



Namanya lawatan sambil belajar , jadi singgahlah kami ke UTM Johor . Photoshoot sebentar . Usai nya semua yang perlu dibuat malamnya kami ke Johor Premium Outlet as in JPO . Tak banyak benda boleh beli kat sini . Not our student standard lah kan . Barangan berjenama banyak dijual disana . Kita setakat mampu beli beg guni Cotton On harganya hanya RM15 . itu je yang mampu . Kena berjimat . Kan amalan mulia tu . Kemudian dinner di Singgah Selalu . Mahal sikit kat sini , ala ala harga makan kat hotel three star situ . Nak buat macam mana , makan sajalah . Goodbye duit yang di'jimat' tadi

 JPO 

So , ini satu lagi tanda tanda masalah mental .  Biarkan . Keesokannya , misi utama ke Universal Studio Singapore . Dalam rekod peribadi saya ini kali kedua ke Singapura . Dulunya bersama keluarga tak silap pada tahun 2010 . Dan dulu baru bukak , jadi tak banyak benda boleh main . 


Okey ni gambar zaman empat tahun lepas ye . Pergi dengan cek ngoh and the rest of family . Yang haritu naik flight so tak ada pengalaman ikut jalan darat ke singapore gitu . So bas berhenti sblm masuk singapore , kena turun , tunjuk passport so bla bla bla . dua tiga kali turun naik bas , harapnya turun berat badan tapi tak turun pun . Hairan aku . Akhirnya dalam pukul 10 gitu sampai lah USS tersayang . Antara gambar gambar nya ialah .........










Boleh pergi kat Facebook saya kalau nak tgk gambar yg lain . Cerita pasal bajet memang saya tak belanja banyak . Sebab ibu dah pesan , jalan je tak payah shopping . Duit singapore kan mahal gitu . So saya cuma beli tshirt je di bawah harga promosi , sehelai dalam 23++ SD . Oklahtu dapat sehelai pun . Buat kenangan pergi dengan kawan kawan . 

Keesokannya , bertolak ke Melaka dalam jam 7.30 pagi gitu . Bertolak lah kami se bas ke Melaka . Tak bergambar pun sebab masa yang diberi nak beli dan belah tak sampai 3 jam kut lebih dan kurang , jadi shopping sikit sikit jelah . Takut lari bajet nak balik ke kuantan . Tak nak lah "kerana shopping terpaksa ikat perut " . Malam nya selamat sampai di sekolah . Balik tidur . Nyenyak .

Sekian 
AZ

No comments:

Post a Comment