nak ler aku try update blog via handphone , biasanya curi update masa lab takpun balik rumah baru sempat nak edit semua . Maklumlah sibuk mentadbir negara kan . Nak share je cerita buang masa aku . Aku pun dah semakin dewasa , kau pun takde lah muda lagi nak baca post aku yang lebih bersifatkan perasaan anak muda ni . Bila masuk uitm ni first objektif yang aku nampak cari jodoh . biadap kan misi aku dulu ? biadap tak biadap ni semua salah cikgu matematik aku masa form 1 dulu . dia yang cakap tak payah nak sibuk bercinta masa sekolah ni . bercinta dengan sekelas lah , kelas sebelah lah , tak matured . nanti bila masuk universiti masa ni lah mu cari jodoh . itulah leteran yang masih terngiang ngiang kut . maaf cikgu , saya jadikan leteran cikgu tu sebagai sumber inspirasi saya nak belajar sampai ke menara gading katanya in sha Allah . Takpelah back to the story amboi jauh aku menyimpang , siapa tak nak ada boyfriend masa kau belajar kat u ni . gila tak best nak nak dapat boypreng yang jenis pandai dan rajin study . Alah macam dalam drama tv 3 pergi libry sama sama kan sweet gitu . Tapi bila aku tengok semua kawan aku yang sedang sibuk bercinta ni tiba tiba aku rasa macam hmm , kalau tak couple pun okay je kut . Susah kut kena jaga perasaan orang hahah . Mungkin aku belum sampai masanya nak jumpa jodoh . Setakat crush tu adalah . Takpe dah biasa cinta bertepuk sebelah tangan sejak aku darjah satu . Belum sempat nak approach dah lari jarak jauh sampai rasa benda tu obvious . Takpelah org tak sudi takkan kita nak cari timba pulak kan ? Bagi aku , dalam u ni yang penting sangat ialah kawan dan duit heheh . Aku hadap insan insan ni , dia org tolong aku masa susah senang . Gila tak pernah gaduh dengan dia org ... mestilah ada sikit salah salah faham . Yang penting , forgiving and love each other . Boyfriend ? Is not compulsary katanya . Yang penting kita enjoyyyy
No comments:
Post a Comment