Saturday 11 June 2016

Hi , last sem

Assalamualaikum . Aku gigih do tengah update blog pergi korea tu . Dah masuk belajar balik so terhad lah masa nak menaip tu . Internet pun kau faham faham jelah . Sem ni masuk kolej baru . Ala ala appartment tapi tak boleh masak . Engkauu . Yang penting lighting lawa nak bergambar


First kelas masa first puasa . Aku beria balik pagi isnin tu , pikir ada kelas petang isnin tu . Bas dah sampai kat maran baru baca whatsapp kelas cancel . Kau rasa? Coklat ?

Nak pergi kelas tu jauh lah jugak berjalan kaki tu , tapi apa org kata , nak seribu daya , tak nak seribu dalih .Tepi tepi !



 Lepastu hari rabu takkan tak pakai baju korporat . Bila lagi nak pakai baju ni kan ?





Dalam kelas mestilah selfie , takkan tak bergambar . Yang ni game madam laila ajak main . Game pun berunsurkan pelajaran . Takkan tak bosan muka tu heheh



So , weekend macam biasa aku balik Kuantan !!!!!

Berbuka kat sini best dan better lah ramai ramai kan meriah gitu . Minggu depan balik lagi sbb gigih nak renew lesen L kena start dari mula balik . dah 2 tahun aku lesen L motor . Puncanya aku trauma dgn mak cik makcik gelakkan aku tak reti bawak motor kat pmc haritu . So 2 tahun aku mogok tak nak sambung ke lesen P untuk motor . Last sem ni gigih nak bawak motor nanti payoh lah lemak lemak ni nak berjalan jauh ke kelas hehehe . So in sha Allah doakan ye anak anak yang dirahmati sekalian .


Oh lupa nak cerita , lecture masuk masuk je kelas , okay minggu dpn quiz ye , Hahahah amacam otak otak yang berehat dekat 2 bulan , ayuhlahhh berfungsi kembali !!!!!!!


Goodluck semua . In sha Allah , semuanya berjaya amin

Kalau ada masa aku update lagi .

Salam sayang ,
AZ

No comments:

Post a Comment