Tuesday, 27 June 2017

New Life di Uitm Puncak Alam

Assalamualaikum hi guys . Ye aku tahu janji melayu hahahah . Kata nak update blog tapi yelah belum ada kelapangan waktu nak tulis tu . So aku dah habis diploma hujung tahun lepas and sekarang study week for Final paper untuk third semester Degree in Accountancy pulak . Kiranya masuk bawah penerapan (lulusan diploma uitm) . So , macam biasa my parents hantar aku kat uitm palam for registeration lah kan tapi dia org drop je barang barang aku sebab nak bergegas balik sbb ada conference nak kena hadir kat kuantan . Takdelah sedih sangat cuma yelah , hati kena kuat .

Awal bulan 6 register masuk kolej blablabla . Kolej kat UiTM Palam like sebijik dgn jengka punya haritu . A new appartment lah kan kira ada 4 bilik . So , petang tu tak silap aku , hazirah dgn shahirah like berjalan pusing kawasan and nak sangat tgk mercu tanda palam yang digembar gemburkan . Iaitu..................... tangga kejayaan . Yes dari kolej dahlia nak ke Fakulti teramat jauh . Mengah aku hala pergi and hala balik . So , lepas pada haritu aku dah pasang azam dan cita cita untuk sentiasa menaiki bas untuk ke kelas hihihi . Mana boleh nak bakar lemak suka suka hati . So , touch lah touch n go tu sekali naik 80 sen . Pergi balik 1.60 lah kan tu pun aku nak kena ajar ke . Next plan , nak apply kad pelajar rapid lah supaya dapat another 50% less . So jemah jemah pun pergilah ke Pasar Seni nak buat kad tu punya pasal . So tunggu bas 753 kat bus stop kolej atau fakulti ikut awak lah , lepastu turun kat seksyen 2 shah alam , naik bas 750 Pasar Seni . Bas tu turun jugak kat KL sentral so kita org turun dulu kat KL sentral lepastu naik LRT ke monorail tak ingat dh ahead to Pasar Seni . Dua minggu lepastu kena ambik kad so perjalanan dari Palam nak ke area KL tu kira kira 2 jam tau . Sebab dia banyak pitstop . Kalau nak save time sewalah kereta tapi tak save money lah kan . After that aku receive satu notis dari rapid dia suruh kita tukar kad versi baru . Ceh aku baru buat haritu .

So , aku pergi kelas naik rapid dan kdg2 ada bas free . Tgk lah keadaan . Nak balik kampung pun naik bas 753 turun kat Klang sentral .

Yang lain lain nnt aku update lagi

Okay bye

Tuesday, 28 March 2017

Kalut

Hi , Assalamualaikum semua . alright skrg aku kat UiTM puncak alam , sambung degree account . So nnt aku update trip to Korea tu plus dgn trip to Jakarta okay pinky promise .

Thursday, 13 October 2016

Final Paper DIA

Assalamualaikum .
A very good morning . Macam biasa tiba tiba perasaan nak update blog tu menular , maka update lah blog ni ye .
Aku ada lagi 3 paper untuk final in sha Allah will be my last semester for diploma in accountancy . So , aku baru lepas mohon untuk degree account for my next journey . Ingatkan nak apply acca (professional accounting) but i have to wait bulan 1 baru apply . Doakan jelah yang terbaik kan . So , lepas aku balik dari Cameron tu , and lepas aku update blog haritu , my iphone mampos and require to restore . Plus lcd need to be replace dan agak mahal . Kalau nak hantar kedai untuk format pun dia kata agak lama sebab internet lambat . Aku dah seminggu cuba format sendiri paaki wifi uitm but asyik error je . So harini genap 14 hari tanpa phone . But i still online facebook twitter kat laptop . Nak chat ngn ibu ke ngn baba ke pakai facebook lah hahaah . Handphone tu boleh buat emergency call je . so kadang2 , aku boleh je nak call tu . hahah , tapi contact number kat emergency je lah . Banyak pulak cerita .

So , final paper tinggal lagi tiga , tapi sedih lah nak berpisah dgn kawan2 . Haihhhh sedih betul .

Saturday, 1 October 2016

Bukan Cubaan

Assalamualaikum semua ,macam biasa bersarang blog aku tanpa pembaca but still saje nak update sekali sekala . Sekarang aku last sem tengah study week and lagi 3 hari nak final dooooo .

As times pass by , i realise kita ni tak boleh lah nak bercakap tu nak set angan angan kita terlalu tinggi . Bercakap ni in terms of jodoh lah ofcourse . Eh kenapa tiba tiba ni ? I went to a cameron few days ago with my accoutancy friends perhaps and bincang soal jodoh

Hamba Allah ni sorang nak jodoh berpurdah , sorang nak pak ustaz tapi masing masing tak sempurna . I repeat again Tak Sempurna . Yelah kita ni pakai biasa je , tudung ? yes tapi tak selabuh macam isteri ustaz kan .Awak tu solat alhamdulillah cukup , tapi kita biasa je do .

So , marilah kita berpijak pada bumi yang nyata . As supposed kita je lah get together bhahahahahaah .


Sunday, 3 July 2016

Day 1 : Part 1 Makanan Halal di Myeongdong

Sambungan entry sebelumnya .

Setibanya di Incheon Airport , macam biasa going through imigration dia , siap ambik luggage yang pecah tu , then pergi tandas .

Then , dekat situ singgah kedai ala ala 7E benda entah nama aku lupa dah untuk beli T Money ( ala ala touch n go Malaysia ) harga 4000 won untuk kad tu je , then aku topup 30,000 won yang cukup cukup untuk your 6 days plus minus .

Lepastu pergi beli tiket bas cari lah kat situ , lepastu kalau nak stop kat guesthouse kita org , cakap kat org tu : Kukdo Hotel , then dia cakap berapa org , bayarlah , Dari Incheon Airport 15000 won je , dia tulis nombor bas , tunggu gate mana . So , keluar cari gate bas tu , then pak cik pakcik tu kalut panggil kita org yang lemah gemalai nak bergerak , dia marah suruh cepat . RILEK LAH . Take your time kan dasar Melayu kita hehe :)
Kalau tak silap bas memang ada sokmo , cuba usha blog lain .

So ,

Incheon Airport - Imigration - Toilet - G25 or sehubungannya - cari kaunter jual tiket bas - beli tiket - pergi keluar buliding cari bas - duduk atas bas sambung tidur 

Kau , seat puas hati ala ala business class , driver bas beruniform siap macam pilot. Exclusive sangat . Dah duduk tu , belek belek majalah , sepoh artis korea kesayangan . hehehehehe



 Hi korea , hi kesayangan semua

Then , sampai depan kukdo , cross jalan , lepastu sesat jap nak cari guesthouse . Tanya orang tu , tanya orang ni , Sangat membantu . Dia org beria tolong do , siap angkat beg aku lagi . Takde pulak yg tolong tu muka gaya kim soo hyun . Kalau tak sibuk dah bergambar heheh .


Letak je luggage kat situ , dan terus ke myeongdong . Jalan je rasa dalam 10- 20 minit agak lenguh kaki . Takkan tak excited kan sampai Seoul . So , jalan jalan makan angin lepastu cari makan pulak . Syudu scroll blog cik epal kesayangan tengok dia gi makan nasi goreng cheese seafood . So , kat Myeongdong tu ada manusia berbaju merah, pakai topi untuk information mudahkan org ramai , fuhhh exclusivenya ,


Curi gambar google sebab segan nak ambik gambar dia org sebab mesti dia ingat kita tertukar antara dia dengan jihyo . Takkanlah kan ?
So kita bergambarlah kan kat syurga beli belah wanita wanita sekalian ,


  Tanya akak baju merah tu dia tahu english , kau jangan gi cakap bahasa lipis kau ke klate ko , dio tok reti . Cari kedai ni lah ye kau makan yg seafood jelah abah kau , gambar kedai ni pun aku curi google .



Dia masakkan untuk kita dulu , lepastu kak ann ambik alih selaku suri di hatimu . Rasanya ? Mestilah lagi sedap nasi goreng pok loh depan tuisyen indera pintar kan ? Tapi yg ni makan kat korea hahahah . Makan portion nya bagi aku sikit , sebab aku gemuk dan makan banyak . Setengah orang , satu org makan boleh kongsi dua 

Lepastu jalan jalan lagi dan lagi , lepastu balik guesthouse jalan kaki jugak . Boleh google : h20 guesthouse 

Tips : TAK TAHU JALAN TANYA ORANG , 
*mmg tak nya reti english tapi cuba lah cakap basic korea , aku tahu 'odio' = mana , 'igo' = sini ke ini ke kok ni lah kalau klate * 


BAJET SETAKAT NI :
4000 + 30000 + 5000 won = 39000 won 


Packing ke Seoul

Entry trip ke Korea buat rakan rakan yang nak ke sana budget macam kita heheh

Amacam projek ke Seoul ? Cerita nya macam ni , ibu plan nak pergi Lombok , so aku ni usha lah tiket air asia , boleh tahan mahal . dalam 250 one way , so return dalam 500 tak include luggage bagai . Masa tu tak terjumpa yang promotion . Aku dah lupa mcm mana ceritanya , yang tiba tiba Syuhada terkeluar cerita yang di nak gi Korea bulan May ni . Masa tu bulan January tak silap aku . So , dia macam , " nak ikut ?" . Aku terdiam lalu fikir budget yang akan dikeluarkan .

Ah lepastu teringat , ibu ada pegang duit aku dalam 1k lebih , so macam tu lah aku decide nak join . Usha tiket mahal ngat . Hahahah ,tanya lah ibu boleh ke nak gi Korea dengan member . Ibu on je . Lepastu duduk excited tanya , dah beli tiket ke belum ? Ahh masa tu macam " tgk lah kalau ticket murah" . Dalam 2 3 minggu duduk usha tiket air asia .

Papp ! kat facebook keluar 20% to all destination , aku gelepor gelepor cek rate , so cheaper than harga yang aku tgk haritu , pastu aku balun je pakai duit kutu aku kebetulan dapat masa bulan 1 tu . Si Syuhada tu beli masa tiket murah tahun 2015 tu rate dia aku cuma rugi dalam 200 je for return ticket , okaylah kan ?


So , aku purchase tiket flight air asia ke seoul, purchase meal , baggage 25kg (share dgn syuhada)
Flight hala balik ke Kuala Lumpur from Seoul aku tak purchase meal , cuma baggage 20kg je untuk aku sorang kali .

Soalan kau , cukup ke 20kg ? 25kg ? CUKUP ! Masa pergi aku 12.5kg , syu 10kg = 22.5kg baru ! Baik kau share .

Masa balik cdgn aku purchase sendiri je luggage tak payah share sebab kau akan bawak balik abg abg korea sekali hahahha . Excited kan ? Hahahah . So aku hala balik dalam 14 kilo , syu anak beranak dalam 17 kilo sebab dia bertiga . Aku sorang 14 kilo hahhahaah . So masing masing purchase 20kg (minimum punya weight untuk purchase luggage)

Masa book ticket flight tolong purchase meal awal awal kalau kau nak . Nanti galok nak berlapar atas flight karang . Aku lepas booking baru aku book sebab galok , so rate mahal sikit lah , dalam 5 ringgit je rasa rugi . Okay lah kan sebab galok hahah


Flight aku masa ke Seoul pukul 1 pagi ( earliest flight ) on 12th May 2016
Hala balik pukul 4 petang ( last flight ) on 17th May 2016

Hence , aku pergi Seoul naik air asia okay :)

Penerbangan tambang murah anda

Lepastu duduk excited dengan Syu nak pergi Seoul , masa tu sibuk sibuk dengan kelas , assignment , test , quiz bagai sem 4 lah kan hahah . Jadi kita org tak bagi tahu org pun , aleh aleh kantoi dengan azizah sebab masa tu konon nak book tiket pergi Penang pap keluar my next flight to Seoul . jangan berkecil hati . Lupa nak cerita , bukan pergi dgn syu je tau , abg syu dan sister in law syu yang pergi sebenarnya , aku ni mengikut je hahahah  . Thanks bagi tumpang ikut .


So , sebelum pergi tu usha lah blog blog orang , kena susun itinerary sendiri sebab mmg nak jalan sendiri (backpackers) bukan bawah agent ke apa ke ye . Jangan lupa book guesthouse , kau jangan gatal nak book hotel ye aku piat kang . Guesthouse pastikan tengah tengah tempat yang menarik . Kita org book h2O guesthouse dekat euljiro sam ga . kau boleh google lah



Lepastu kebetulan masa nak pergi tu kena pergi Melaka dulu sebab ajeerah ada competition kat situ . So berkampung kat Melaka dalam seminggu jugak . Entry Melaka aku update lain kali hahah . Manalah tahu macam membantu ke entry pergi Melaka hahaha .


Jangan lupa buat checklist ye sebelum pergi , kalau kau jenis manusia macam athirah zaharudie yang pentingkan maruah bergambar serta hidup dalam suhu air cond ( Spring )  inilah checklist yang perlu di bawak untuk trip ke Seoul selama 6 Hari 5 Malam :

1)Baju tidur - 2 psg ( lebih pada cukup sebab malam sejuk )
2) Baju jalan - 4 helai (Baju nak berjalan 1 hari 1 baju , so dalam 6 hari tu , nak pergi dah pakai baju kan , so bawak lagi 4 je . Masa nak balik tu kau beli lah tshirt i love korea boleh pakai masa balik hahah )
3) Benda benda yang undergarment lain lain kau fikir lah
4) Iron - guesthouse tu takde iron
5) Travel adapter pastikan bulat , aku salah beli bahan yg betuk petak.
6) Charger jangan lupa , powerbank
7) Makanan ? Yes , bagi meneruskan kehidupan kau yang nak travel budget boleh lah bawak bekalan kau . Aku bawak 5 bungkus maggi dan maggi cup satu , bubur knor 2 cup , telur masin rebus siap siap dalam 10 biji , ikan bilis , biskut dan apa yang kau rasa kau boleh hidup hahah . Makanan tu kau kena bahan malam malam sebab makan sekali sehari je tu pun mknn paling murah kat sana .
8) Berus gigi kau ubat gigi jangan lupa
9) Stoking bawaklah sedozen
10) Jangan galok pakai high heel eh aku tampor kang ( Pilih kasut paling selesa )
11) DSLR (hadiah mak ayah aku untuk SPM dulu) *32 GB dah cukup
12) Gopro (pinjam dgn Hafizah je sbb nak beli tak mampu) *32 GB dah cukup
13) Pakai beg sekolah je sebab kau nak sumbat makanan nanti atas train kau lapor hahah
14) Bawak sling bag untuk bergambar je
15) Botol kosong sebab toilet takde paip gila !

Tips: Luggage tu bwk yang tahan lasak sikit . kalau ada yang material kain , bawak yg tu . Tak payah yg waterproof ke bulletproof ke . Luggage aku sampai sampai Seoul je dah pecah tayar sebelah , hahaha takpe air asia , malas nak panjangkan cerita nanti beli yang lain je

Sebelum pergi kau tertanya tanya nak tukar berapa RM ke Won kan ?
Manusia macam aku (gemuk, boleh tahan suka beli belah ) Aku tukar = RM 1300 dapat dlm 370,000 won . rate masa tu 3.5 tau . Aku bawak balik 10,000 won ( tak ingat dunia beli belah mcm org hilang akal )

Simpan elok duit duit ! Dan tukar masa rate lawo . Tukar berapa yang korang rasa mampu habiskan hahah . Macam aku elok elok je 1300rm tu untuk 6 hari .

So , dari Melaka , my eldest sister Adilah hantar pergi KLIA 2 lah . Sepatutnya kalau flight pukul 1 pagi , kau kena sampai kat KLIA tu three hours before , sebab urusan banyak . drop bag lah apa lah nak makan lah apa lah . so selamat tiba di sana 3 hours before ye semua .

Tapi aku ni dah tiba awal sangat . Bermandi mandi dulu kat R&R mana entah aku lupa dah , lepastu sampai kat KLIA2 pukul 4 petang . Hahahah , berlanguk lah aku kat situ , lagipun aku sibuk nak charge powerbank lah apa lah banyak hal hahah . So aku berkampung kat surau tu je . Luas dan sejuk , nak charge hajatnya tapi ada perempuan ni sibuk charge powerbank dia . Lepastu dia tinggal je . nak marah aku rasa . Dah lah jumpa kat Seoul jugak haritu . Dushhh geram nak tumbuk



So , aku pergi cari plug lain lepas solat maghrib tu , aku jumpa plug depan tandas . tapi kena berdiri ,
ramai jugak perhati kan aku . Confius lah kut , mungkin dia org fikir "eh budak gemuk ni larat ke berdiri?" Ah , lantak aku lah , yang penting battery jalan !


Then , dalam pukul 9 , syu , abg syu and kak anne datang . Lambai lambai sikit , drop luggage then makan makan kejap . (aku tak order apa apa , cuma habiskan makanan org tak habis je masa tu , kenyang jugak ) . Lepas proceed to gate , ada masa lagi untuk sambung charge . So flight tu lambat sikit , sempat lagilah usha Pramugara kat situ . tengok tengok je bukan buat apa pun . Bergambar lah dulu bagi mengisi masa



Okay make it short !

After i had my early breakfast on the plane , i felt hungry again . Sesampainya di Seoul ........ -

Sambung part 1

Saturday, 11 June 2016

Hi , last sem

Assalamualaikum . Aku gigih do tengah update blog pergi korea tu . Dah masuk belajar balik so terhad lah masa nak menaip tu . Internet pun kau faham faham jelah . Sem ni masuk kolej baru . Ala ala appartment tapi tak boleh masak . Engkauu . Yang penting lighting lawa nak bergambar


First kelas masa first puasa . Aku beria balik pagi isnin tu , pikir ada kelas petang isnin tu . Bas dah sampai kat maran baru baca whatsapp kelas cancel . Kau rasa? Coklat ?

Nak pergi kelas tu jauh lah jugak berjalan kaki tu , tapi apa org kata , nak seribu daya , tak nak seribu dalih .Tepi tepi !



 Lepastu hari rabu takkan tak pakai baju korporat . Bila lagi nak pakai baju ni kan ?





Dalam kelas mestilah selfie , takkan tak bergambar . Yang ni game madam laila ajak main . Game pun berunsurkan pelajaran . Takkan tak bosan muka tu heheh



So , weekend macam biasa aku balik Kuantan !!!!!

Berbuka kat sini best dan better lah ramai ramai kan meriah gitu . Minggu depan balik lagi sbb gigih nak renew lesen L kena start dari mula balik . dah 2 tahun aku lesen L motor . Puncanya aku trauma dgn mak cik makcik gelakkan aku tak reti bawak motor kat pmc haritu . So 2 tahun aku mogok tak nak sambung ke lesen P untuk motor . Last sem ni gigih nak bawak motor nanti payoh lah lemak lemak ni nak berjalan jauh ke kelas hehehe . So in sha Allah doakan ye anak anak yang dirahmati sekalian .


Oh lupa nak cerita , lecture masuk masuk je kelas , okay minggu dpn quiz ye , Hahahah amacam otak otak yang berehat dekat 2 bulan , ayuhlahhh berfungsi kembali !!!!!!!


Goodluck semua . In sha Allah , semuanya berjaya amin

Kalau ada masa aku update lagi .

Salam sayang ,
AZ